Saya Mohamad Faiz B Mohamad Radzi sekeluarga dan team perawatan islam kami sudah lama berhajat untuk pergi melawat negara orang tecapai juga akhirya, dan ini pertama kali saya sekeluarga dan team kami pergi ke Bandung,Indonesia untuk melawat sambil belajar ilmu perawatan islam dengan pakar perawatan islam di sana.Dan yang paling seronok buat petama kalinya saya menaiki kapal terbang,seronok sangat-sangat..5 hari saya berada di sana,banyak pengalaman dan kegembiraan baru yang saya perolehi di sana..Suasana di Bandung sangat sejuk sekali walaupun matahari sudah terpacak tapi masih lagi sejuk ibaratnya seperti di genting highlands lah...
Banyak tempat yang kami lawati antaranya Tangkuban Perahu,ladang teh indonesia,taman lebah dan tempat penyampain radio Indonesia..ok,saya akan cerita tempat pelancongan yang saya lawati,pertama tangkuban perahu merupakan tempat kawah terbesar gunung berapi di Indonesia..
Kemudian kami pergi ke ladang teh Indonesia,tak berapa jauh dari tangkuban perahu,luas ladang tehnye kalau nak tahu seperti luas mata memandang..sejuk sangat-sangat..mengigil lah jugak kitorang kat situ..
Selepas itu kami pergi melawat tempat pembelajaran ilmu perawatan menggunakan lebah dan ladang lebah..di situ kami di jamu santapan tengah hari..selepas makan kami diberi pencuci mulut iaitu honey comp dari sarang lebah.. manis dan sedap bangat..
Tempat penyampain radio indonesia salah satu tempat yang menarik saya kunjungi..tujuan kami melawat tempat penyampain radio ialah ayah saya di jemput untuk di temu ramah dan menjawab beberapa soalan tentang perubatan yang kami sekeluarga lakukan di malaysia..di Malaysia saya tidak berpeluang nak ambil gambar besama2 DJ penyampai radio,tapi di indonesia saya berpeluang untuk bergambar bersama DJ penyampai radio Indonesia..
akhir kata banyak pengalaman yang saya dapat dan saya sungguh gembira sangat kerana pertama kali menjejakkan kaki di bumi Bandung Indonesia..dalam perjalanan balik ke Malaysia dalam kapal terbang saya lagi sekali tidak melepas kan peluang mengambil gambar bersama pramugara,pramugari dan kapten kapal terbang itu sendiri..ini lah kenangan yang manis dalam hidup saya melawat bumi BANDUNG,INDONESIA!!
Sekian,Terima Kasih......
No comments:
Post a Comment