Monday 28 November 2011

Hayatilah dan renung2kan kita di pihak mane??

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? ..

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.....
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ..

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. .... (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu ....
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1... Anda - Patut ke aku biarkan teks ini tetap di sini..
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (sebarkan ini)
3. Syaitan - Tak payahlah sebuk2 biar je disini..kalo boleh delete jeaa


*renung-renungkan and selamat beramal!

Saturday 26 November 2011

Lawatan Sambil Belajar Di Bandung,Indonesia

<Pada 19 - 23 may 2011>

Saya Mohamad Faiz B Mohamad Radzi sekeluarga dan team perawatan islam kami sudah lama berhajat untuk pergi melawat negara orang tecapai juga akhirya, dan ini pertama kali saya sekeluarga dan team kami pergi ke Bandung,Indonesia untuk melawat sambil belajar ilmu perawatan islam dengan pakar perawatan islam di sana.Dan yang paling seronok buat petama kalinya saya menaiki kapal terbang,seronok sangat-sangat..5 hari saya berada di sana,banyak pengalaman dan kegembiraan baru yang saya perolehi di sana..Suasana di Bandung sangat sejuk sekali walaupun matahari sudah terpacak tapi masih lagi sejuk ibaratnya seperti di genting highlands lah...


 Banyak tempat yang kami lawati antaranya Tangkuban Perahu,ladang teh indonesia,taman lebah dan tempat penyampain radio Indonesia..ok,saya akan cerita tempat pelancongan yang saya lawati,pertama tangkuban perahu merupakan tempat kawah terbesar gunung berapi di Indonesia..

 

 
Kemudian kami pergi ke ladang teh Indonesia,tak berapa jauh dari tangkuban perahu,luas ladang tehnye kalau nak tahu seperti luas mata memandang..sejuk sangat-sangat..mengigil lah jugak kitorang kat situ..


Selepas itu kami pergi melawat tempat pembelajaran ilmu perawatan menggunakan lebah dan ladang lebah..di situ kami di jamu santapan tengah hari..selepas makan kami diberi pencuci mulut iaitu honey comp dari sarang lebah.. manis dan sedap bangat..

 


 




Tempat penyampain radio indonesia salah satu tempat yang menarik saya kunjungi..tujuan kami melawat tempat penyampain radio ialah ayah saya di jemput untuk di temu ramah dan menjawab beberapa soalan tentang perubatan yang kami sekeluarga lakukan di malaysia..di Malaysia saya tidak berpeluang nak ambil gambar besama2 DJ penyampai radio,tapi di indonesia saya berpeluang untuk bergambar bersama DJ penyampai radio Indonesia..





akhir kata banyak pengalaman yang saya dapat dan saya sungguh gembira sangat kerana pertama kali menjejakkan kaki di bumi Bandung Indonesia..dalam perjalanan balik ke Malaysia dalam kapal terbang saya lagi sekali tidak melepas kan peluang mengambil gambar bersama pramugara,pramugari dan kapten kapal terbang itu sendiri..ini lah kenangan yang manis dalam hidup saya melawat bumi BANDUNG,INDONESIA!!






Sekian,Terima Kasih......









 

Thursday 3 November 2011

Peristiwa memasuki institut

Pada 27/JUN/2011
Saya telah mendapat tawaran belajar di institut kemahiran mara Kuala Lumpur(IKM KL) dalam kemahiran Sijil Teknologi Kejuteraan Elektrik Domestik.Disinilah tempat saya untuk berdikari sendiri..Saya seronok belajar di sini kerana ramai kawan baru yang datang dari jauh ada dari kedah,kelantan,terengganu,serawak dan semua pelusuk negeri..Di sini saya memperolehi ramai kawan yang mempunyai pengalaman-pengalaman sendiri..Kawan baik saya di sini ialah din,kecik,bob,panjang,fahmi..banyak saya belajar dari mereka tentang erti kehidupan yang sebenar..terima kasih wahai sahabatku..